UUM Bangunkan Pusat OKU, Beri Harapan Baharu Kepada Ibu Bapa

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) melakar langkah baharu dalam agenda inklusiviti apabila menubuhkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) IMPIAN UUM dengan peruntukan RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Bagi sesetengah ibu bapa di kampus itu, setiap pagi bukan sekadar memulakan rutin kerja, tetapi bermula dengan kebimbangan terhadap anak istimewa yang memerlukan perhatian khusus.

Pensyarah kanan UUM, Muna Maryam Azmy, berkata beliau sering berdepan dilema antara tuntutan kerja dan tanggungjawab menjaga anak OKU.

“Kadang saya risau sampai bila dia boleh terus berada di tempat yang bukan khusus untuk anak istimewa,” katanya.

Kebimbangan itu turut dikongsi warga kampus lain termasuk pustakawan Noorfauziati Mat Yatim yang sebelum ini bergantung kepada ahli keluarga untuk penjagaan anaknya.

“Dengan rasa berat hati saya tinggalkan dia… tapi tiada pilihan ketika itu,” katanya.

Situasi itu kini bakal berubah dengan penubuhan PPDK IMPIAN UUM yang memberi tumpuan kepada intervensi awal, pemulihan serta sokongan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dalam kalangan komuniti universiti.

Menurut pihak UUM, pusat itu bukan sekadar kemudahan penjagaan, sebaliknya ruang pembelajaran dan terapi yang menggabungkan pendekatan holistik merangkumi aspek pendidikan, emosi dan perkembangan sosial.

“PPDK IMPIAN UUM menggabungkan elemen terapi, pendidikan dan emosi melalui pendekatan menyeluruh bagi membantu perkembangan anak-anak istimewa,” kata penyelaras program.

Beliau berkata, pusat berkenaan turut memanfaatkan teknologi seperti pemantauan digital dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan perkembangan kanak-kanak dapat dipantau secara lebih sistematik.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat