Video Anwar Sokong Israel Disunting – Fahmi

Oleh: Hanim Nadia

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengesahkan bahawa rakaman video yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima hak Israel untuk wujud dan mempertahankan diri telah disunting oleh pihak tertentu.

“Setelah meneliti keseluruhan rakaman, kami mendapati video tersebut telah disunting dengan niat jahat,” kata Fahmi pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet.

Beliau menegaskan bahawa Anwar dengan jelas menyatakan Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan terus memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Fahmi juga meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyiasat rakaman video tersebut.

“Rakaman video itu diterjemah seolah-olah ia satu fakta. Justeru, saya telah minta MCMC untuk teliti laporan itu.

“Rakaman video tular itu ternyata satu fitnah dan dakwaan cukup jelik,” tambahnya.

Video tersebut telah menyebabkan pemimpin pembangkang dan aktivis pro-Palestin melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap pendirian Anwar.

Fahmi menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menghalang media untuk membuat laporan mengenai rakaman video tular itu tetapi meminta mereka berhati-hati dalam melayan sebarang spekulasi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat