Wanita maut nahas kenderaan terbabas, langgar tiang lampu di Pulau Pinang

Seorang wanita berusia 20-an maut dipercayai kenderaannya terbabas dan melanggar tiang lampu jalan di Jalan Paya Terubong-Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Jumaat.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II Nadzri Ismail merangkap Ketua Operasi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.14 pagi terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, terdapat wanita yang berusia 20-an itu telah tersepit di bahagian pemandu dan mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Ambulans St. John tidak alam selepas itu sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, seramai lapan anggota bomba daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Paya Terubong bersama jenter FRT.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat