Oleh: Aliyaa Azmi
TAK pernah jumpa pun, tiba-tiba dapat harta berbilion! Itulah yang menimpa bintang bola sepak Brazil, Neymar Junior, apabila seorang jutawan tempatan dilaporkan menamakan dirinya sebagai pewaris tunggal dalam wasiat.
Menurut laporan media luar negara, nilai harta itu mencecah £846 juta (RM5.5 bilion) dan dokumen wasiat sudah difailkan serta disahkan pada 12 Jun lalu di Porto Alegre.
Apa yang pelik, jutawan itu tidak mempunyai anak, hidup bujang, dan katanya memilih Neymar kerana rasa ada “hubungan peribadi” dengan pemain itu.
Dia juga kagum dengan hubungan rapat Neymar bersama ayahnya, yang mengingatkannya kepada arwah bapanya sendiri.
Namun, proses perundangan masih berjalan kerana wasiat itu perlu diluluskan mahkamah terlebih dahulu.
Neymar, 33, setakat ini masih berdiam diri tanpa sebarang komen. Tapi kalau benar jadi miliknya, bukan saja dia ikon bola sepak Brazil, mungkin juga bakal jadi pemain terkaya sepanjang zaman!
Baca juga: