Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Rakyat diingatkan untuk tidak mudah melupakan fitnah yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan akhbar Harakah yang akhirnya terpaksa memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Perkara itu dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar yang menegaskan bahawa kenyataan fitnah itu membabitkan integriti dan politik negara.
โIni bukan soal maaf semata-mata. Ini soal integriti.
โSebelum ini mereka berdegar-degar membuat tuduhan. Nada yakin, bahasa keras. seolah-olah merekalah pejuang kebenaran. Tetapi akhirnya? minta maaf,โ katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Jelas beliau, ini bukanlah kali pertama tindakan fitnah seperti itu berlaku dan hal ini tidak seharusnya diterima sebagai budaya dalam politik negara.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan fitnah serta drama politik yang dimainkan.
Pada Isnin, Zulkifli Ismail dan akhbar Harakah telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung satu kenyataan yang didakwa berunsur fitnah pada tahun 2023.
Hakim Hilmiah Yusof kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan berdasarkan terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak. Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar kos berjumlah RM15,000 kepada pihak plaintif.








