PUTRAJAYA: Sebanyak 463 permohonan penurunan kandungan berita palsu berkaitan krisis bekalan global telah diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia setakat jam 7 pagi tadi.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, permohonan itu dibuat berdasarkan aduan orang awam dan telah dipanjangkan kepada penyedia platform media sosial untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, Facebook mencatat jumlah tertinggi dengan 185 permohonan, diikuti TikTok sebanyak 142 dan Threads 131.
โSemua permohonan yang diterima akan disalurkan kepada platform berkaitan untuk tindakan penurunan kandungan.โ katanya dalam sidang media, pada Rabu.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 65 kertas siasatan telah dibuka.
โDaripada jumlah itu, satu kes telah dituduh di mahkamah, lima dikenakan kompaun, manakala selebihnya masih dalam siasatan,โ ujarnya.
Tambah beliau, antara isu paling banyak melibatkan penyebaran berita palsu ialah berkaitan harga bahan api dan tol yang berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
โKita mendapati kandungan palsu paling tinggi melibatkan isu harga bahan api dan tol.โ katanya lagi.








