Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi di enam negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar menyatakan beliau tidak akan melupakan sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan.
“Terima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian,” katanya dalam hantaran itu.
Keputusan PRN enam negeri menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan.
Kelantan, Kedah dan Terengganu pula di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).