Uncategorized

Pelajar Malaysia pecah Guiness World Records, susun papan catur terlaju dengan mata bertutup

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Malaysia berjaya memecah Guinness World Records selepas menyusun papan catur dalam masa 45.72 saat dengan mata bertutup, lapor agensi berita United Press International semalam.

Punithamalar Rajashekar, yang merupakan pemain catur untuk pasukan sekolahnya diiktiraf oleh badan rekod dunia tersebut sebagai pemegang rekod terbaharu bagi masa terpantas menyusun catur dalam keadaan mata ditutup.

Menurut Punithamalar, dia mula bermain catur ketika berusia lima tahun.

Dia turut mengaku menonton video-video pemegang rekod dunia terdahulu bagi mengkaji teknik-teknik digunakan sebelum melakukan percubaan tersebut.

“Bapa ialah jurulatih saya. Kami bermain catur bersama hampir setiap hari,” katanya.

Punithamalar ialah ahli Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE), manakala percubaan memecah rekod dunia itu dilakukan di sekolahnya di Perak.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close