Pemain pertahanan Liverpool, Kostas Tsimikas menandatangani kontrak baharu jangka panjang bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu awal pagi tadi.
Tsimikas bersetuju dengan perjanjian lima tahun apabila dia menyertai The Reds dari Olympiakos pada tahun 2020, tetapi jangka masa kontrak baharu pemain berusia 27 tahun itu tidak didedahkan.
“Saya berasa amat bangga untuk berada di sini menyambung kontrak saya. Saya berasa setiap pengorbanan dan kerja keras saya selama ini berbaloi.
“Tetapi ini akan membuatkan saya terus bermotivasi.
“Seperti yang saya katakan dalam banyak wawancara sebelum ini, pasukan ini mempunyai banyak perkara yang boleh diraih bersama dan saya mahu menjadi sebahagian daripadanya,” kata Tsimikas kepada laman web Liverpool.
Lebih banyak menjadi pelapis pertahanan kiri Liverpool, Andrew Robertson, pemain antarabangsa Greece, Tsimikas beraksi 63 perlawanan dan mencipta 12 umpanan gol sejak tiba di Anfield dengan harga £11 juta (RM63 juta).
Dia beraksi satu perlawanan EPL musim ini sebagai pemain gantian menentang Bournemouth pada Ogos lalu dan bermula dalam kesebelasan utama ketika menang ke atas LASK di Austria dalam Liga Europa minggu lalu. – AFP