Menteri agama nasihatkan Howard Lee supaya lebih berhati-hati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan pertemuannya dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How sebagai sangat membina dengan persefahaman iaitu Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.

Pertemuan Mohd Na’im dan Howard Lee berlangsung di sebuah hotel di Kuala Kangsar, Perak malam tadi susulan kontroversi isu tafsiran sendiri ayat al-Quran.

“YB (Yang Berhormat) Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, ahli politik DAP itu tampil memohon maaf berhubung isu berkenaan selepas video ucapannya tular di media sosial.

Anda Mungkin Berminat