Sukan

Natasha rangkul emas pada Kejuaraan Boling Dunia IBF di Kuwait

Pemain boling kebangsaan, Natasha Mohamed Roslan merangkul gelaran juara dunia selepas mengungguli acara wanita pada Kejohanan Boling Dunia IBF yang berlangsung di Salmiya, Kuwait.

Natasha menundukkan rakan senegara, Sin Li Jane menerusi kemenangan 2-1 untuk memastikan gelaran juara dunia menjadi miliknya.

Pada pertarungan akhir yang berlangsung di kelab sukan boling Kuwait itu, pertemuan dua pemain negara berkenaan sudah pun mengunci gelaran juara dunia acara perseorangan wanita akan menjadi milik Malaysia.

Aksi sengit disajikan Natasya dan Jane dengan masing-masing mahu memulakan saingan dengan kemenangan.

Pusingan pertama bagaimanapun menyaksikan dominasi Natasha yang berjaya merakam kemenangan dengan jumlah 259 jatuhan pin berbanding hanya 194 jatuhan pin oleh Jane.

Bagaimanapun, Jane berjaya bangkit pada pusingan kedua apabila dia gah mengumpul 238 jatuhan pin untuk menewaskan Natasha yang sekadar memgutip 162 mata.

Pusingan penentuan, aksi sengit kedua-dua pemain sebelum kemenangan akhirnya memihak Natasha menerusi keputusan 185 mata berbalas 165 mata.

Kemenangan itu sekali gus mengesahkan status Natasha selaku juara dunia menerusi kemenangan 2-1 dalam acara perseorangan wanita.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara itu adalah menerusi Jacqueline Sijore pada tahun 2011 di Hong Kong.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close