Uncategorized

Tiga entiti AS, UK, EU bersubahat dengan Israel lakukan jenayah perang terhadap penduduk Palestin – Izzah

Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Kesatuan Eropah (EU) bersubahat dengan Israel melakukan jenayah perang terhadap penduduk Palestine di Gaza.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, adalah jelas Israel telah melakukan jenayah perang dan semua entiti terbabit bersubahat kerana memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap regim tersebut.

Katanya, penggunaan bom fosforus putih ke atas penduduk Gaza adalah antara jenayah perang yang ditelah dicabuli Israel.

“Israel melakukan jenayah perang dan AS, EU, UK secara berkesan melanggar undang-undang antarabangsa dengan mengisytiharkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap tindakan Israel.

“Menjatuhkan hukuman kolektif ke atas orang awam, pemindahan paksa dan penggunaan haram fosforus putih adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas,” ciap Izzah di paltform X.

Tambah Izzah, peperangan yang berlaku tidak boleh diterima sama sekali kerana melibatkan banyak nyawa orang awam terkorban dan kegenasan yang berlaku perlu dihentikan.

“Kita memerlukan gencatan senjata segera untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin.

“Kita mesti memastikan pemulihan perkhidmatan asas dan penyampaian bantuan kemanusiaan. Mereka mesti dibenarkan pulang dengan selamat ke rumah mereka,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila menyuarakan kebimbangan Semenanjung Gaza kini berdepan situasi bencana kemanusiaan dan krisis sistem kesihatan.

Beliau dalam satu kenyataan menggesa semua negara dan kumpulan hak asasi manusia membantu dengan kemasukan segera bantuan perubatan dan kecemasan ke enklaf Palestin yang disekat.

Katanya, sekatan dan pengeboman yang dilakukan Israel sehingga kini menyebabkan lebih 1,500 kematian.

Sementara itu, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNICEF dalam satu kenyataan memaklumkan, sejumlah besar mangsa pengeboman Israel adalah terdiri daripada kanak-kanak.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close