Nasional

Kemunculan PM dinantikan di Himpunan Malaysia Bersama Palestin

Setelah beberapa hari mengadakan sesi lawatan ke luar negara, tentu sahaja seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Arena, Bukit Jalil.

Ketua Sekretariat Media Perpaduan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, semua pihak tanpa mengira parti politik, agama dan bangsa dijemput ke perhimpunan itu sebagai tanda solidariti terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.

Program pada pukul 7 malam itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti persembahan serta ucapan pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kemuncak kepada himpunan rakyat Malaysia berbilang kaum adalah ucapan Perdana Menteri,” katanya dalam hebahan media hari ini.

Lokman Noor juga memaklumkan peserta digalakkan berpakaian putih ke perhimpunan tersebut.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 4,651 penduduk di Semenanjung Gaza terkorban dan lebih 13,000 cedera sejak tentera rejim Zionis mengebom tanpa henti wilayah terkepung itu.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close