Nasional

Amaran ancaman siber, BNM minta institusi kewangan ambil langkah berjaga-jaga

Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan notis langkah berjaga-jaga terhadap serangan siber terhadap institusi kewangan di negara ini.

Menerusi Notis Platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTip), mengambil langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama mereka yang berkaitan.

BNM dalam satu kenyataan berkata, notis dikeluarkan bagi membolehkan organisasi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya sekali gus melindungi sistem dan mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan.

“BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber.

“FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman,” katanya pada Jumaat.

Difahamkan, notis itu dikeluarkan susulan kemungkinan tindak balas kumpulan penggodam pro-Israel yang akan menyerang sistem strategik negara selepas kumpulan penggodam pro-Palestin di negara ini yang dikenali sebagai ‘DragonForce’ menyerang rangkaian strategik negara regim Zionis sejak tercetus konflik di dua negara itu.

Notis FinTIP membolehkan institusi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi melindungi sistem mereka dan mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan terhadap perkhidmatan kewangan.

Pada masa sama, BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close