Negeri

Rumah kelahiran P Ramlee jadi destinasi pilihan cuti sekolah

Penutup rumah kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di Jalan P.Ramlee, Georgetown, Pulau Pinang ekoran proses baik pulih struktur binaan kini sudah dibuka semula.

Dianggarkan hampir 2,000 pelawat tempatan dan luar negara turut berkunjung ke lokasi terbabit sejak dibuka semula kepada umum.

Malah, ruang pameran dan barangan koleksi kepunyaan P.Ramlee dibuka sepenuhnya bagi kunjungan orang ramai.

Pembukaan semula rumah P.Ramlee itu secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong untuk berkunjung terutama ketika musim cuti sekolah atau perayaan.

Terdahulu, Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim menyuarakan tentang kerosakan struktur bumbung selepas berkunjung ke rumah terbabit bulan lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close