Nasional

Kerajaan mansuh subsidi ayam, subsidi telur diteruskan

Selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa, kerajaan bersetuju agar subsidi dan kawalan harga bagi ayam akan ditamatkan sepenuhnya bermula pada 1 November ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C akan diteruskan menggunakan mekanisme sedia ada.

Menurutnya, sejak Februari 2022, kerajaan menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi telur dan ayam.

”Rasional penamatan subsidi secara pukal bagi ayam adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi di mana ketika ini turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

“Penamatan harga kawalan ayam juga menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan,” katanya pada sidang akhbar di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di Kuala Lumpur pada Isnin.

Tambahnya, melalui kaedah ini kerajaan akan turut dapat meningkatkan pelbagai inisiatif sosio-ekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai. – Sinar Harian

.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close