Global

Jerebu: China keluar amaran kronik

Keadaan jerebu dan kabus disebabkan asap tebal di beberapa bandar utama menyebabkan pihak berkuasa China mengeluarkan amaran tahap pencemaran tertinggi di bahagian utara republik berkenaan.

Amaran dikeluarkan agar penduduk berhati-hati terutama apabila keadaan jarak menurun kepada kurang daripada 50 meter.

Menurut Biro meteorologi China, wilayah utara Hebei sudah melancarkan respon kecemasan anti-pencemaran yang menyenaraikan kawalan keselamatan trafik jika perlu termasuk menggantung penerbangan, menangguhkan operasi feri serta menutup sementara lebuh raya.

Pihak berkuasa turut menasihatkan pengguna jalan raya menghentikan kenderaan mereka di kawasan parkir yang selamat apabila diperlukan selain meminta penduduk untuk kekal berada di dalam rumah.

Beijing memaklumkan pihaknya akan melaksanakan langkah kawalan lalu lintas sekiranya ibu kota itu mengaktifkan amaran tahap pencemaran tertinggi.

Dilaporkan, asap tebal menyelubungi utara negara itu selama beberapa hari manakala suhu musim luruh melonjak ke paras awal musim panas biasa hampir 30 darjah Celsius di beberapa kawasan. – Agensi

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close