“Orang lain aku tak goyang, tapi dia aku goyang” – Altimet mengaku PM bukan pembuli, tetapi demokrasi

Penyanyi, komposer dan ahli politik Altimet mengakui dirinya tidak mampu menolak permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diminta untuk membuat persembahan pentas.

Katanya atau nama sebenar, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, dia sememangnya berhasrat untuk meninggalkan aktiviti nyanyian lebih-lebih lagi apabila dia kini menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Ampang.

“Saya cuba untuk tidak menyanyi semula untuk beberapa majlis, tetapi dia ini buat saya goyang.

“Selama ini aku tak goyang, tapi kali ini ‘mamat’ ini buat aku goyang. Maaf ya Datuk Seri,” jelasnya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dalam pada itu, Altimet juga menjelaskan Perdana Menteri memiliki sifat yang boleh dibawa berbincang, bertolak-ansur dan bukanlah seorang pembuli.

“Dia orang akademi, boleh tidak setuju dengan dia (Anwar), tetapi kena ada sebab.

“Jika dia minta saya buat dan saya tolak, saya perlu berikan sebab a,b,c,d, kemudian dia pula akan beritahu apa sebab dia minta saya buat begitu,a,b,c.

“Jadi kami akan mencari jalan tengah, kita akan fikir, kita akan tangguh ini kepada masa datang dan bila bersesuaian,” ujarnya.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15, Altimet berjaya meraih undian 26,298 menewaskan lawannya Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,852 undi sekali gus Altimet menang dengan majoriti 6,320 undi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat