Negeri

RM1.5 juta ubat luar negara tidak berdaftar dirampas

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berjaya merampas ubat tidak berdaftar bernilai lebih RM1.5 juta dalam serbuan di tiga premis di negeri ini selepas menerima makluman orang awam.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) JKNS yang menjalankan serbuan mendapati sindiket melakukan penipuan pembungkusan semula ubat tidak berdaftar dari luar negara kepada ubat berdaftar yang kemudiannya dijual di pasaran tempatan.

“Hasil siasatan dengan kerjasama Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya membongkar aktiviti sindiket berkenaan yang menyasarkan pembungkusan semula ubat berdaftar keluaran jenama terkenal,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Serbuan di premis yang dijadikan lokasi pembungkusan, penyimpanan, pengedaran dan penjualan ubat tidak berdaftar berkenaan dilakukan dengan kerjasama Polis DIraja Malaysia (PDRM).

“Antara yang dirampas adalah ubat suntikan insulin untuk kencing manis, ubat rawatan jantung, ubat antikolesterol, ubat rawatan asma, ubat darah tinggi dan ubat titis rawatan mata.

“Kes disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000,” katanya.

Dalam pada itu, JKNS menasihatkan semua klinik dan farmasi supaya memastikan sumber bekalan ubat-ubatan hanya daripada pemborong berlesen bagi memastikan ubat-ubatan yang dijual berdaftar dan diperoleh dari sumber sah.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan membeli dan menggunakan ubat-ubatan dan produk kesihatan berdaftar bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan terjamin.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA).

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close