Nasional

Eksekutif usia 20-an ditahan SPRM disyaki terima rasuah RM45,000

Seorang eksekutif di syarikat yang membekalkan sistem pengurusan pekerja asing ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM45,000.

Eksekutif wanita dalam lingkungan 20-an itu disyaki menerima rasuah sebagai balasan membuat pertukaran ejen pengambilan pekerja asing warga Bangladesh melalui sistem komputer dan dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Jun dan Oktober tahun ini, kata sumber SPRM.

Menurut sumber itu, wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 5 petang pada Khamis selepas hadir memberikan keterangan.

Wanita itu kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Nov selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. – Bernama

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close