Wanita didakwa bunuh suami ketika melakukan hubungan seks

Seorang wanita berusia 28 tahun didakwa di mahkamah selepas didakwa menyebabkan kematiannya suaminya ketika sedang melakukan hubungan intim.

Suspek, Winfred Mueni didakwa membunuh Titus Njoroge Kimani, 30, di Ladang Baba Dogo, Ruaraka, Nairobi, Kenya pada September lalu.

Mueni dikatakan membunuh suaminya secara tidak sengaja selepas lelaki terbabit ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Winfred Mueni

Meskipun tidak memiliki bukti kukuh, namun mahkamah percaya Mueni terlibat dalam insiden tersebut.

Sementara itu, siasatan di kediaman mereka tidak menemukan sebarang kejanggalan.

Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati, mangsa mengalami kecederaan pada kepala dipercayai hentakan daripada objek tumpul.

Pihak berkuasa setempat masih menyiasat kes tersebut termasuk punca kematian sebenar. – Agensi

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat