Global

Hamas sedia berperang lebih lama dengan Israel

Ketua biro politik Hamas memberitahu bersedia menghadapi peperangan yang berpanjangan dengan Israel di Gaza.

Kata, Ismail Haniyeh, beliau memuji ketabahan rakyat Palestin dan penyelarasan kumpulan Hamas untuk meleraikan keupayaan tentera Israel dan melemahkannya dalam pelbagai sudut.

“Jika musuh inginkan pertempuran yang panjang, kapasiti kita lebih lama daripada musuh, pasukan penentang terbabit dalam konflik strategik dengan Zionis dan hanya akan muncul sebagai pemenang, ” katanya.

Menurut laporan media antarabangsa, Anadolu, beliau memberitahu, kemenangan sudah dicapai anggota penentang di Semenanjung Gaza sekali gus memberikan tamparan kepada pasukan musuh.

“Dunia akan menyaksikan Briged Al-Qassam dan kumpulan penentang mengalahkan pendudukan Israel di Gaza, seperti yang mereka lakukan 18 tahun lalu.

“Mereka (Israel) tidak akan menuai apa-apa selain lebih banyak kegagalan, kekecewaan dan kekalahan,” katanya, merujuk kepada pemisahan Israel dari Gaza pada 2005.

Haniyeh menganggap penduduk Gaza dan kumpulan penentang berusaha menggagalkan matlamat dan rancangan musuh untuk berpindah atau mendapatkan semula tebusan secara paksa. – Agensi

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close