Sukan

Nak sangat sepak pengadil, FAM ‘blacklist’ Yazan sertai aktiviti bola sepak tempatan

Bekas pemain Selangor FC (SFC), Yazan Al-Arab disenarai hitam daripada terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak di negara ini susulan tindakannya menyepak pengadil pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia, 24 September lalu.

Keputusan tersebut dinyatakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Pemain yang sudah ditamatkan kontraknya oleh ‘The Red Giants’ didapati melanggar Artikel 51, perenggan 1(a) dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM kerana meluru ke arah pengadil sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil.

“Apabila pengadil memusingkan badan untuk pergi, pemain ini menarik bahu dan seterusnya menolak dengan daya yang berlebihan di bahagian dada pengadil (Pertuduhan 1) dan apabila selepas dilayangkan kad merah, pemain ini secara agresif menyerang dengan menyepak ke bahagian punggung kiri dan telah meludah ke arah pengadil (Pertuduhan 2).

“Pemain ini digantung empat perlawanan bagi Pertuduhan 1 dan digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia bagi Pertuduhan 2,” kata jawatankuasa terbabit yang turut mengesahkan keputusan itu boleh dirayu.

Selain itu, Ketua Marshall SFC, Jayabalan Muniandy menerima padah paling besar kerana bukan sahaja didenda RM20,000 malah turut digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak di semua peringkat selama dua tahun berkuat kuasa 20 November 2023 hingga 19 November 2025.

Dia didapati melakukan kesalahan seperti membaling botol ke arah pengadil perlawanan, menghalau kumpulan pengadil dari bilik persalinan, melakukan provokasi dan memarahi kumpulan pengadil dengan kata-kata kesat dan lucah.

Dia juga gagal gagal menjalankan tanggungjawabnya apabila enggan menyediakan kawalan keselamatan kepada kumpulan pengadil semasa mereka bergerak meninggalkan padang permainan menuju ke bilik persalinan apabila diarahkan berbuat demikian oleh komisioner perlawanan.

Beberapa pegawai pasukan SFC turut berdepan denda bermula RM5,000 hingga RM10,000 selain digantung sehingga 10 perlawanan susulan insiden yang berlaku pada perlawanan sama.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close