Paras sungai melepasi tahap bahaya, JPS minta penduduk di beberapa negeri berhati-hati

Paras air Sungai Terengganu di Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus melepasi tahap bahaya apabila mencatatkan bacaan 3.85 meter (m) sementara tahap bacaan bahaya pada 3.8m.

Berdasarkan data dikongsi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman web rasmi setakat 3 petang Isnin, dua lagi sungai di Terengganu masing-masing melebihi paras amaran dan waspada.

Sungai Chalok di Jambatan Chalok Setiu merekodkan bacaan 8.26m melebihi tahap amaran 7.7m manakala Sungai Setiu di Kampung (Kg) Besut mencatatkan bacaan 16.52m melebihi paras waspada iaitu 16m.

“Di Sarawak pula Sungai Batang Baram di Benawa, Miri mencatatkan bacaan 7.53m melebihi paras amaran iaitu 7m manakala tiga sungai yang lain di negeri itu melepasi tahap waspada.

“Antaranya Sungai Miri di Batu Niah Bazaar merekodkan bacaan 4.40m melebihi paras waspada 2.62 m; Sungai Batang Baram di Long Terus Miri mencatatkan bacaan 6.99 m melepasi tahap waspada iaitu 6 m; dan Sungai Limbang di Ukong Limbang merekodkan bacaan 5.53 m melepasi tahap waspada iaitu 4.50 m,” katanya menurut data yang dikongsi dalam laman web itu.

Sementara itu, beberapa stesen bacaan paras air sungai di beberapa negeri lain pula ada yang menunjukkan bacaan paras air melebihi tahap waspada.

Di Melaka, Sungai Melaka di kawasan Melaka Tengah merekodkan bacaan 0.87m melebihi tahap waspada 0.8m manakala di Johor, Sungai Muar di Buloh Kasap merekodkan bacaan 8.17m melebihi tahap waspada 7.92m.

“Sungai Sembrong di Bt. 2 Sembrong di Batu Pahat merekodkan bacaan 2.76 m, melebihi paras waspada 2.74m dan Sungai Skudai di Parit Keliling di Kg Pasir mencatatkan bacaan 0.11m melebihi paras waspada 0m.

“Di Pahang pula, Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera merekodkan bacaan 30.15 m melebihi tahap waspada iaitu 29.70 m manakala di Kelantan, Sungai Semerak di Jambatan Melor Bachok mencatatkan bacaan 7.57 m, melepasi tahap waspada iaitu 7 m.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat