Global

BCL bakal tamat zaman janda dengan duda anak 3

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau mesra dipanggil BCL dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 2 Disember depan selepas tiga tahun bergelar janda.

Difahamkan, BCL dan kekasihnya, Tiko Aryawardana akan mengadakan majlis perkahwinan di sebuah hotel di Bali, Indonesia.

Memetik laporan media tempatan, Liputan6, berita mengenai perkahwinan penyanyi lagu Cinta Sejati itu disahkan oleh kakitangan Pejabat Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakatar Selatan, Emma Fatmayani.

“Kedua-duanya sudah menghantar borang dan dokumen salinan yang diperlukan termasuk sijil kematian Allahyarham Ashraf Sinclair.

“Tiko juga sudah menghantar dokumen diperlukan termasuk pengesahan penceraian sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, BCL dikhabarkan menjalin hubungan istimewa dengan Tiko apabila penyanyi itu memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran dan sambutan perayaan Aidilfitri bersama beberapa tahun kebelakangan ini.

Terdahulu, BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf Sinclair pada November 2008, namun pengacara dan pelakon itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Hasil perkahwinan dengan Ashraf mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.

Sementara itu, menurut laporan Suara.com, Tiko dikatakan berkhidmat di salah sebuah bank antarabangsa di Indonesia dan memiliki tiga orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan terdahulu. – Agensi

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close