Negeri

Lelaki 65 tahun konon jadi ‘bomoh’ ambil kesempatan cabul mangsa alasan buang saka

Seorang suri rumah dicabul pengamal perubatan tradisional ketika mendapatkan rawatan membuang saka di kediaman lelaki warga emas itu di Kampung Bukit Kerdas, Negeri Sembilan.

Kejadian berlaku Khamis lalu ketika mangsa, 50, yang berasal dari Dengkil, Selangor mengunjungi kediaman suspek, 65, seorang diri bagi mendapatkan rawatan itu kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, mangsa adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai tujuh anak, mengesyaki dirinya mempunyai penyakit berkaitan saka.

“Ketika di rumah suspek, lelaki warga emas itu mengarahkan mangsa meminum segelas air, sebelum memintanya berbaring di atas tilam yang diletakkan di beranda rumah.

“Ketika rawatan lelaki itu menjerit bertanyakan asal usul mangsa sambil menekan badan mangsa yang turut dibantu isteri suspek.

“Ketika isterinya beredar dan masuk ke dalam rumah, suspek memasukkan tangan ke dalam pakaian mangsa dan meramas buah dada serta menyentuh bahagian bawah kemaluan mangsa,” katanya melalui kenyataan.

Chang Hook berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kikir Jumaat lalu, sebelum suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close