Politik

AMK minta ahli Kalau tak ikhlas, keluar saja tak payah jadi duri dalam daging

Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor pada Sabtu memberi kata dua kepada rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak ikhlas untuk bersama, supaya keluar meninggalkan gabungan kerajaan.

Tanpa mengkhususkan kepada parti komponen tertentu, jurucakapnya, Muhammad Izuan Ahmad Kasim mendakwa, kata dua oleh komponen itu yang dituju kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, disuarakan ketika mesyuarat agung parti berkenaan sebelum ini.

“Ada bunyi-bunyi dari rakan komponen Kerajaan Perpaduan, dalam mesyuarat agung mereka baru-baru ini yang memberikan kata dua kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nasihat saya kepada rakan komponen, kalau rasa tak ikhlas bersama kita, keluar saja tak payah jadi duri dalam daging.

“Supaya kita dapat beri ruang kepada parti dan presiden kita untuk memperbetulkan ekonomi dan menjadikan Malaysia lebih maju dan lebih baik,” katanya menyampaikan perbahasan sempena Kongres Nasional AMK 2023 di sini, hari ini.

Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini memberi kata dua kepada rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak ikhlas untuk bersama, supaya keluar meninggalkan gabungan kerajaan.

Tanpa mengkhususkan kepada parti komponen tertentu, jurucakapnya, Muhammad Izuan Ahmad Kasim mendakwa, kata dua oleh komponen itu yang dituju kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, disuarakan ketika mesyuarat agung parti berkenaan sebelum ini.

“Ada bunyi-bunyi dari rakan komponen Kerajaan Perpaduan, dalam mesyuarat agung mereka baru-baru ini yang memberikan kata dua kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nasihat saya kepada rakan komponen, kalau rasa tak ikhlas bersama kita, keluar saja tak payah jadi duri dalam daging.

“Supaya kita dapat beri ruang kepada parti dan presiden kita untuk memperbetulkan ekonomi dan menjadikan Malaysia lebih maju dan lebih baik,” katanya menyampaikan perbahasan sempena Kongres Nasional AMK 2023 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Izuan berkata, sejak undang-undang lompat parti wujud, amalan melompat parti oleh ahli politik khususnya Ahli Parlimen tidak lagi kedengaran.

“Dengan adanya akta lompat parti, ahli parti terikat dengan parti masing-masing. Tiada lagi kita memangsakan rakyat. Ini semua permulaannya dari ‘Langkah Sheraton’, bagus mereka yang pernah berada dalam parti keluar dari parti kita,” katanya.

Beliau juga menasihatkan AMK menggunakan sebaiknya sosial media untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri.

“AMK ini barisan hadapan. Kitalah yang mempertahan institusi presiden kita. Jangan kita biarkan presiden kita dihina, jangan biarkan sesekali presiden kita difitnah dan jangan sesekali kita biarkan presiden kita diperlekah. Angkat telefon, gunakan media sosial menangkis tohmahan,” katanya.

Sementara itu, wakil AMK Terengganu, Amira Alias berkata, AMK perlu mempergiatkan usaha kepada belia dengan kemahiran menilai sumber media dan maklumat secara kritis dapat membantu mereka membezakan fakta daripada fiksyen dan membuat keputusan yang berasaskan maklumat yang boleh dipercayai.

“Perkenalkan kepada mereka gerombolan yang ‘buka mulut, confirm (sah) fitnah!’, dan kempenkan untuk dijauhi golongan tersebut. Inisiatif Kementerian Komunikasi & Digital (KKD) dengan inisiatif slot ‘Biar Betul’ perlu kita share (kongsi) sebanyak mungkin,” katanya.

Selain itu katanya, AMK perlu memanfaatkan platform Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan dengan merangkul sebanyak mungkin para belia untuk diberiPendidikan mengenai dasar-dasar dan tujuan Pilihan Raya. – Harian Metro

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close