Nasional

Ujian Amali Sains calon SPM 2023 bermula 5 Disember

Ujian Amali Sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 melibatkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan akan dilaksanakan bermula 5 hingga 7 Disember ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan seramai 91,908 calon telah mendaftar bagi mata pelajaran Fizik manakala bagi subjek Kimia seramai 93,135 calon, Biologi, 72,841 calon dan Sains Tambahan, 1,784 calon.

“KPM ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung,” kata KPM menerusi satu kenyataan.

Kenyataan turut memaklumkan, KPM juga cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta semua petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk musim banjir sepanjang peperiksaan berlangsung.

Untuk itu, semua calon dinasihat untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan bencana.

“KPM sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Baca lagi:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close