Nasional

Kerajaan tawar insentif tunai pada syarikat sertai Dasar Gaji Progresif

Kerajaan akan menyediakan insentif tunai di antara RM200-RM300 mengikut kadar dan kumpulan pekerja bagi syarikat yang menyertai program rintis Dasar Gaji Progresif bermula tengah tahun depan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berkata, bagi kumpulan peringkat permulaan, syarikat layak menerima kadar insentif pada nilai tetap sehingga maksimum RM200 sebulan selama 12 bulan, sekiranya syarikat membayar gaji pada kadar yang sama atau melebihi cadangan panduan kenaikan gaji tahunan.

Katanya, bagi kumpulan pekerja bukan peringkat permulaan, syarikat layak menerima kadar insentif pada nilai tetap sehingga maksimum RM300 sebulan selama 12 bulan sekiranya syarikat memberi kadar kenaikan gaji tahunan berdasarkan panduan kenaikan gaji tahunan.

“Pada tahun pertama pelaksanaan, cadangan had gaji ditetapkan untuk pekerja yang menerima gaji bulanan di bawah RM5,000 dan tidak kurang daripada gaji minimum.

“Cadangan ini mengambil kira jumlah pekerja yang menerima gaji bulanan di dalam lingkungan RM1,500 dan RM4,999 merangkumi 66.6 peratus atau seramai empat juta pekerja.

“Had gaji yang ditetapkan ini mampu memberi liputan yang cukup luas untuk pekerja swasta menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, pada Khamis lapor Berita Harian.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close