Perlawanan akhir Liga Super Kuala Lumpur City (KL City) menentang Sri Pahang FC di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu berakhir dengan keputusan 0-0. 

Tidak nafikan, sepanjang perlawanan kedua-dua pasukan dilihat banyak melepaskan peluang keemasan apabila beberapa kali cubaan jaringan terkena tiang gol.

Meskipun berakhir kecewa, namun kapten KL City, Paulo Josue tetap meletakkan harapan bahawa skuad The City Boys dapat memperoleh kemenangan pada musim depan. 

“Saya ucapkan terima kasih kepada penyokong dan yang terus menjadi pembakar semangat kami sepanjang musim ini. 

“Diharapkan sokongan kalian akan berterusan dan semoga kemenangan akan berpihak kepada kami selepas ini,” katanya usai perlawanan selesai. 

Menarik perhatian apabila berlaku ‘drama’ perbalahan antara antara pemain Tok Gajah, Mohammad Azwan dengan Patrick Reichelt dari The City Boys.

Babak pertama perlawanan memperlihatkan skuad kendalian Fandi Ahmad beberapa kali melakukan serangan.

Bersambung pada babak kedua, pemain KL City pula mendominasi perlawanan, bagaimanapun cubaan mereka beberapa kali tetap jua gagal. 

Sebaik sahaja memasuki minit akhir, baik Pahang mahupun KL City, kedua-duanya agresif membuat asakan demi desakan ke pintu gawang masing-masing, namun harapan untuk mendapat jaringan tetap tidak berjaya. 

Berakhirnya perlawanan itu menyaksikan Pahang  meraih 45 mata manakala KL City, 38 mata manakala Abang Azharudin Abdullah sebagai pengadil perlawanan.

Baca juga: