Amaran paras Sungai Galas berada pada tahap bahaya

Paras air Sungai Galas di Dabong daerah Kuala Krai, Kelantan mencatatkan rekod kedalaman setinggi 38.12 meter, melebih 0.12 meter daripada tahap bahaya (38 meter).

Menurut laman web rasmi Public Info Banjir, trend peningkatan paras air di sungai itu dicatatkan kekal meningkat, setakat 2.30 petang pada Ahad.

Disebabkan hujan renyai dan peningkatan paras air yang makin meningkat, kawasan tersebut merupakan satu daripada kawasan yang diramal akan dilanda banjir di Kelantan.

Menitikberatkan atas faktor keselamatan, kerajaan Kelantan sudah membuka pusat pemindahan sementara (PPS) buat mangsa yang terjejas.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, terdapat sejumlah 143 buah pusat pemindahan banjir yang dibuka buat perlindungan mangsa banjir di jajahan Kuala Krai sahaja.

Antara kawasan pusat pemindahan banjir termasuk Balai Raya Kampung Bekok, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai dan Dewan Sebaguna Kampung Kemubu di Kuala Krai.

Baca juga: