Bintang Muay Thai negara, Jojo mahu digelar jaguh dunia

Bintang muda muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali kini menyusun langkah bagi menyandang gelaran jaguh nombor satu dunia.

Johan atau nama panggilannya Jojo berkata, kontrak ONE Championship yang diterimanya ketika berusia 17 tahun semestinya melonjakkan semangat dan impiannya supaya dapat mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Status dan gelaran sebagai jaguh nombor satu dunia menjadi buruannya sejak mula berkecimpung dalam pentas Muay Thai.

“Kalau bola sepak, Cristiano Ronaldo orang label sebagai GOAT (Pemain Terhebat Sepanjang Zaman), kalau muay thai, saya nak orang gelar saya Jojo The Goat of muay thai.

“Kalau saya tak mahu gelaran nombor satu dunia dalam kategori yang saya sertai (flyweight), lebih bak saya tak teruskan sukan ini dari awal,” kata Johan lapor Berita Harian pada Rabu.

Bagaimanapun, usaha merebut gelaran itu akan diatur selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelaran Malaysia (SPM) pada Mac depan.

Sasarannya, selepas selesai menduduki SPM, dia ingin sekurang-kurangkan mengharungi empat perlawanan pada 2024.

Johan yang juga bekas juara Muay Thai Remaja Dunia, percaya bukan sesuatu yang mustahil untuk dia mencapai impian besar itu dengan bimbingan daripada jurulatih berpengalaman dari Thailand, Addy Sipangyak.

Baca juga: