KPM pandang serius isu kenaikan harga kantin sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta kepada semua ibu bapa untuk membuat laporan sekiranya berlaku kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

Menteri pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata, pihak KPM menerima rungutan daripada ibu bapa mengatakan harga makanan di kantin sekolah tidak sama seperti dahulu.

Tegasnya, pihak sekolah perlu segera memantau jika berlaku kenaikan harga seperti didakwa untuk KPm mengambil tindakan sewajarnya.

“Pengurusan kantin melibatkan sekolah, jadi mereka ada hak untuk membuat pemantauan terhadap harga makanan.

“Ibu bapa boleh membuat aduan terus kepada kementerian,” katanya.

Sebelum ini, Fadhlina meminta pengusaha kantin sekolah merujuk garis panduan yang ditetapkan oleh KPM berhubung isu kenaikan harga makanan.

Pada masa sama, Fadhlina berkata, isu harga makanan di kantin sekolah boleh diselesaikan secara baik antara pengusaha dan pengurusan sekolah.

Baca juga: