Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarahi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan rakannya Sarjana British Profesor Ziaudin Sardar setelah solat Jumaat di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang, Selangor.
Bagaimanapun, Anwar tidak dapat menziarahi Abdul Hadi kerana beliau sedang menerima rawatan dialisis pada waktu lawatannya.
“Saya mendapat tahu keadaan Abdul Hadi stabil daripada doktor yang bertugas, manakala Ziaudin sedang menunggu prosedur rawatan yang selanjutnya.
“Mari kita doakan kesihatan mereka agar mereka pulih dan dapat menjalankan tugas seperti biasa,” katanya.
Abdul Hadi, 76, merupakan Ahli Parlimen Marang telah dimasukkan ke IJN sejak 1 Januari lalu.
ZIaudin, 72, merupakan seorang penulis pemegang anugerah dan seorang intelektual di United Kingdom, pernah bertugas sebagai penasihat Anwar ketika beliau menjadi timbalan menteri sebelum ini.
Baca juga: