Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartment Batu Caves, Gombak pada Sabtu.
Mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.
Kejadian 2.30 petang disedari ibu mangsa berusia 40 tahun selepas dimaklumkan oleh seorang anaknya yang melihat mangsa terbaring berlumuran darah.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, berkata, siasatan mendapati mangsa bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah.
“Semasa bermain, mangsa tertusuk besi ampaian di bahagian leher.
“Mangsa dibawa ke klinik berhampiran dan kemudian dihantar ke HTA, tetapi disahkan meninggal dunia,” katanya lapor Kosmo.
Bagaimanapun kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Baca juga: