Seorang lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Puchong Prima, Kuala Lumpur pada petang Ahad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu, namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, lapor Bernama, pasukan forensik tiba pada pukul 5.30 petang mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes tersebut.

Kenderaan polis dilihat memasuki kawasan itu untuk membawa keluar mangsa pada pukul 6.15 petang.

Baca juga: