Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah perlu bersedia dan membuat perancangan permainan yang rapi sebelum menentang pasukan regu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida pada pusingan kedua Terbuka India pada Khamis.
Beregu Jepun yang berada di kedudukan keempat dunia sudah mempunyai rekod lepan kemenangan daripada sembilan perlawanan sebelum ini dengan Pearly-Thinaah yang kini di tempat ke-12 dunia.
Satu kemenangan Pearly-Thinaah terhadap beregu Jepun adalah di Terbuka Perancis 2022.
Namun, pasukan regu Malaysia ini tewas dengan Jepun tahun lalu di Terbuka India dan Jerman yang menyatakan permainan tersebut berada dalam kelas tersendiri.
Jurulatih, Hoon Thie How menyatakan perancangan rapi perlu diatur menjelang aksi pusingan kedua ini degan mencari formula terbaik bagi membolehkan pasangan utama negara itu layak ke suku akhir.
“Saya akan berbincang dengan Pearly dan Thinaah mengenai strategi permainan untuk kita menentang Jepun nanti,” kata Thien How, lapor Berita Harian.
Pada perlawanan pertama, Pearly-Thinaah berjaya menumpaskan beregu Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun di Dewan Tertutup K D Jadhav pada Selasa untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
Baca juga: