Kadar bayaran haji B40 pertama kali RM19,152 tahun ini

Kadar bayaran bagi bakal haji Muassasah golongan B40 yang akan mengerjakan ibadah itu buat pertama kali, ditetapkan bayaran sebanyak RM12,356, seorang pada tahun ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman, memberitahu, kadar bayaran bagi bakal haji golongan M40 yang kali pertama pula RM19,152.

Kataya, perkara itu disebabkan kos haji yang ditetapkan bagi seorang bakal haji Muassasah untuk menunaikan ibadat tersebut tahun ini, ditetapkan kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.

“Kadar yang dikenakan mengambil kira keprihatinan kerajaan terhadap bakal haji kumpulan B40 dan kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.

“Bagi bakal haji kumpulan B40 pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan dianggarkan RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.

“Bakal haji kumpulan M40 pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM14,148 seorang atau 42 peratus daripada keseluruhan kos haji,” katanya pada sidang media Pengumuman Surat Tawaran dan Bayaran Haji 1445H/2024M pada Jumaat.

Sementara itu, kumpulan T20 pula akan dikenakan bayaran secara penuh iaitu RM33,000 seorang untuk menunaikan haji.

Terdapat pelbagai hal yang mempengaruhi kadar bayaran TH seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah dan caj perkhidmatan di Tanah suci.

Selain itu, TH yang dalam usaha mengawal peningkatan kos haji dengan memeterai perjanjian kontrak jangka panjang melibatkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi.

“Meskipun berlaku kenaikan kos haji, TH tetap berusaha mencari solusi bagi merealisasikan hasrat untuk memberikan perkhidmatan cemerlang demi kebajikan jemaah negara selain mengekalkan kelestarian kedudukan kewangan.

“Penstruturan bayaran haji jemaah bagi golongan B40 dan M40 masing-masing berpeluang menikmati Bantuan Kewangan Haji hingga 42 peratus dan 50 peratus daripada kos sebenar,” katanya.

Jelas beliau, sejak 2001, TH membelanjakan sejumlah RM2.4 bilion untuk melaksanakan Bantuan Kewangan Haji dan dijangka membiayai kos sebanyak RM350.1 juta bagi musim haji tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Syed Hamadah memberitahu, TH akan mula mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji 2024 bermula Jumaat.

TH juga akan mengutamakan bakal haji yang berbaki pada tahun lepas dan mereka yang gilirannya adalah pada tahun ini.

Barisan bakal haji perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran berkenaan dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau merujuk kes tertentu ke cawagan TH berhampiran.

“Sistem pendaftaran haji berteraskan prinsip yang dahulu, didahulukan. Sementara, rayuan haji boleh dibuat secara dalam talian di THiJARI bermula 26 Januari depan.

“Jika ada penolakkan daripada mana-mana bakal jemaah, maka akan ada kekosongan dan itu boleh diisi oleh mereka yang membuat permohonan rayuan bagi yang layak,” katanya.

Jemaah perlu menyempurnakan bayaran dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran dalam tempoh 11 hari bekerja, melalui aplikasi THiJARI.

Untuk info, dianggarkan 31,600 jemaah layak menunaikan haji pada 2024 dan dijangka 40 peratus dariapda mereka kumpulan B40, manakala 58 peratus terdiri daripada kumpulan M40 sementara selebihnya kumpulan T20.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat