Politik

Setiausaha Politik PM minta Haji Hadi hentikan politik ekstrim

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Kerajaan Madani tidak dapat ‘disucikan’ lagi kerana dikelilingi bekas banduan dan perasuah.

Kenyataan dibuat Abdul Hadi di Muktamar PAS ke-69 pada Jumaat itu juga disifatkan bukanlah satu cerminan pemimpi yang berteraskan Islam apatah lagi beliau juga seorang agamawan.

“Seharusnya sebagai seorang agamawan, beliau perlu menguar-uarkan nilai kebersamaan, kesatuan dan kekitaan. Hal ini kerana agama Islam telah tersebar melalui penyatuan manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang.

saya berpandangan bahawa dalam ketika kita hendak berpolitik, biarlah ia bersifat sederhana dan jangan sampai kita memecah-belahkan umat, melontarkan fitnah dan mengadu domba,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, imej berkopiah dan mengendalikan parti politik yang ‘berkiblat’ Islam pastinya tentu tahu tentang agama dan bagaimana ciri-ciri individu yang berbangga diri, tetapi menghina orang lain.

“Saya ingin mengajak Haji Hadi untuk mengkali semula pandangan beliau dengan menghayati firman Allah SWT dalam surah An-Najm (ayat 32).

“Beliau sepatutnya memahami lebih mendalam perihal ini. Diharap, ini akan menjadi pengajaran kepada semua untuk bersederhana dalam berpolitik dan tidak merendahkan pihak yang berbeza ideologi dengan kita,” jelasnya.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close