Peluang jumpa David Beckham di The Exchange TRX 1 Februari depan

Bekas pemain bola pasukan England, David Beckham akan mengadakan sesi meet and greet bersama peminat di Pusat Beli Belah The Exchange, TRX, Kuala Lumpur pada 1 Februari depan.

Masih tiada pengumuman rasmi mengenai sesi tersebut namun, beberapa ahli Audi Club telah berkongsi e-mel yang diterima daripada Adidas kepada mereka mengenai sesi itu.

Ia merupakan pertandingan untuk ahli kelab tersebut untuk berpeluang memenangi sesi ramah mesra atau meet and greet bersama David Beckham sendiri.

Menerusi tangkap layan di media sosial, ahli kelab tersebut dikehendaki membelanjakan sekurang-kurangnya RM999, termasuk pembelian pakaian bola atau kasut Adidas dalam satu resit untuk layak memenangi sesi itu.

Peraduan ini yang sudah berlangsung pada 16 Januari akan berakhir pada 21 Januari.

Antara maklumat awal mengenai sesi meet and greet tersebut adalah akan diadakan pada 1 Februari depan, pukul 1 petang hingga 3 petang di World of Predator Exhibition, The Exchange TRX.

Bagi mereka yang tidak dapat membeli barangan Adidas dengan jumlah sebanyak itu, mereka masih boleh melihat Davis Beckham dari jauh di The Exchange TRX.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat