Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memerintahkan Israel untuk menghentikan serangan di Semenanjung Gaza yang kini sudah terkepung tanpa tempat perlindungan yang selamat.
Perkara ini disampaikan oleh Menteri Hubungan Antarabangsa Afrika Selatan pada Jumaat selepas keputusan oleh Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikeluarkan.
Dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan, ICJ memerintahkan Israel untuk berhenti menggunakan kekerasan bagi usaha menghalang tindakan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza secara beramai-ramai.
Menteri, Naledi Pandor berucap ringkas pada Mahkamah di The Hague, Belanda mengatakan bahawa misi kemanusiaan tidak boleh dilakukan sekiranya tiada gencatan senjata dilakukan.
“Bagaimana kita mahu memberi bantuan dan air tanpa gencatan senjata? Jika anda (Israel) membaca perintah itu, secara tersirat gencatan senjata mesti dilakukan,” katanya.
Baca juga: