Kira-kira 10 buah rumah rosak akibat angin ribut yang melanda penduduk di Taman Desa Pahlawan, Jitra, Kedah pada Sabtu.
Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam suatu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 6.58 petang.
Menurut Komander Operasi Kanan, Mohd Fadzlullah Mohd Nor berkata, beliau dan pasukan bomba Jitra telah ke lokasi kejadian untuk membuat tinjauan dan memastikan semua dalam keadaan selamat.
“Kejadian itu melibatkan 10 buah rumah rosak akibat bumbung tercabut dan telah diterbangkan angin ribut tersebut,” katanya.
Sementara itu, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.
Baca juga: