Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius mengenai isu integriti dan kelemahan dalam penyeliaan badan berkuasa tersebut.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata, intergriti dan tatakelola dipandang serius oleh ketua terhadap anggota di bawah seliaan mereka.
“Saya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang tidak berintegriti di samping lemah dalam mengelolakan pentadbiran.
“Semua Ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai perlu mematuhi Arahan KPN 191 iaitu ‘total enforcement’ ke atas Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tanpa gagal,” katanya dalam ucapan Sesi Perjumpaan Bersama Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan di Dewan Orkid, Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan pada Isnin.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt Lim Jit Huey, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, pegawai kanan dan pegawai rendah polis IPD Johor Bahru Selatan.
Baca juga: