Khalid Ali meninggal dunia

Arena bola sepak negara dikejutkan dengan kehilangan lagenda bola sepak, Khalid Ali yang menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Cheras pada Selasa.

Berita itu dimaklumkan, adiknya, Datuk Zainal Abidin Hassan yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia jam 3.05 petang tadi.

“Betul, abang Khalid sudah tiada. Beliau meninggal dunia jam 3.05 petang di hadapan ahli keluarga,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Sebelum ini, Khalid Ali menerima rawatan di pusat perubatan terbabit selepas mengalami sesak nafas dan keadaan kesihatan kurang memuaskan.

Sebelum ini, bekas pemain kebangsaan itu disahkan menghidap kanser tahap empat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat