PM umum bayaran insentif RM2,000 kepada penjawat awam, RM1,000 pesara dibayar pada 23 Februari depan

Berita baik buat penjawat awam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 23 Februari ini.

Anwar berkata, bayaran insentif sebanyak RM2,000 diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk manakala lantikan kontrak pula akan menerima sebanyak RM1,000.

Seterusnya beliau meneruskan bantuan kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM1,000.

“Pembayaran insentif akan dibuat pada 23 Februari nanti,” katanya ketika hadir ke Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Menteri Kewangan di Putrajaya pada Selasa.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan bayaran insentif kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak pada akhir Februari depan menerusi perbentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, bayaran insentif bernilai RM1,000 pula akan diberi kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak, termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.

Baca juga: