Seorang lelaki yang juga merupakan anak tokoh politik parti Shiv Sena, Uddhav Thackeray iaitu Abhishek Ghosalkar, 41, maut akibat ditembak ketika sedang membuat siaran langsung di Facebook di Mumbai, India pada Khamis.
Tidak menunggu lama, suspek, Mauris Noranha, 49, kemudian meninggal dunia kerana menembak diri sendiri.
Susulan kejadian, Abhishek dikejarkan ke Hospital Karuna berhampiran, namun gagal diselamatkan dan telah meninggal dunia semasa rawatan.
Menurut laporan media antarabangsa, Times Now News, polis mengesahkan suspek dan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah manakala dan mayat Abhishek dibawa ke Hospital Sir JJ untuk bedah siasat, sementara mayat Mauris akan dibawa ke Hospital Cooper.
Kejadian itu berlaku ketika kedua-duanya sedang bersiaran langsung di Facebook. Berdasarkan rakaman video yang tular, kedengaran kira-kira lima das tembakkan dilepaskan ke arah Abhishek mengenai bawah rusuk, belakang badan dan beberapa anggota lain. .
Difahamkan video yang berdurasi 26 saat itu, pada awalnya memperlihatkan mereka saling berbual seperti biasa sebelum berlaku pertikaian.
Baca juga: