Guna 10,000 tan garam, pengunjung teruja sampai jilat dinding

Sebuah hotel yang terletak di Banjaran Andes di rantau Amerika Selatan adalah salah satu hotel aneh di dunia kerana dibina sepenuhnya daripada garam.

Memetik laporan The Sun, Hotel Palacio de Sal yang bermaksud Istana Garam itu dibina di tepi pantai Salar de Uyuni dimana sebuah tasik prasejarah yang sudah lama kering dan meninggalkan padang pasir seluas 6,437 kilometer persegi di Bolivia.

Difahamkan, kira-kira 10,000 tan garam telah digunakan untuk membina perabot, dinding, lantai dan arca di hotel tersebut.

Malah, senarai makanan dalam menu yang disajikan juga menunjukkan tentang penggunaan garam atau berasaskan daripada garam.

Bukan itu sahaja, bilik hotel, perabot dan sofa turut diperbuat daripada garam. Menariknya, menu di restoran menawarkan hidangan khas iaitu ‘hidangan masin’ dengan menggunakan daging Llama, kambing dan ayam.

Menurut kakitangan hotel berkenaan, ada juga pengunjung yang terlampau teruja dan kagum sehingga ada yang cuba menjilat dinding serta perabot kerana sifat ingin tahu yang begitu tinggi untuk memastikan ia benar-benar diperbuat daripada garam.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/02/10/yang-di-pertuan-agong-sultan-ibrahim-dan-raja-permaisuri-menzahirkan-ucapan-selamat-tahun-baru-cina/

Anda Mungkin Berminat