Mahkamah arah Elon Musk beri keterangan urusan ambil alih Twitter

Hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) memerintahkan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Tesla Motor, Elon Musk untuk memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) mengenai pengambilalihan Twitter yang bernilai AS$44 bilion (RM210.8 bilion)

Hakim majistret, Laurel Beeler mengeluarkan perintah pada Sabtu berdasarkan perbicaraan pada Disember lalu yang berpihak kepada SEC.

SEC menyaman Musk pada Oktober lalu untuk memaksanya memberi keterangan penglibatannya daripada siasatan pembelian Twitter pada 2022 yang kini ditukar namanya kepada X.

“Musk enggan hadir ke sesi temu bual pada September yang merupakan sebahagian daripada siasatan,” kata SEC.

SEC sedang mengkaji sama ada Musk mengikuti undang-undang ketika memfailkan kertas kerja yang diperlukan mengenai pembelian saham Twitter miliknya dan sama ada kenyataannya berkaitan dengan perjanjian itu mengelirukan atau tidak.

Musk menolak tawaran SEC untuk sesi pertemuan dengan mengatakan dirinya sudah melakukannya sebanyak dua kali dan menuduh SEC mengganggunya.

Bagaimanapun, Beeler menolak hujah Musk menyatakan SEC mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sepina yang meminta maklumat yang relevan.

Sekiranya SEC dan Musk tidak dapat menyetujui tarikh dan waktu untuk temu bual berkenaan, Beeler mengatakan dia sendiri akan membuat keputusan bagi kedua-dua belah pihak untuk mendengar penjelasan mereka.

Pertikaian antara Musk dan SEC mula tercetus apabila Musk memuat naik ciapan ‘funding secured‘ pada 2018 dipercayai kemungkinan rancangan untuk mengambil Tesla secara peribadi.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Musk bersetuju melantik seorang peguam Tesla yang ditugaskan untuk memeriksa setiap ciapannya mengenai syarikat pembuat kereta elektrik tersebut.

SEC kemudiannya menyaman Musk sekali lagi pada tahun 2019 kerana mendakwa Musk melanggar peruntukan itu.

Musk telah meminta Mahkamah Agung AS untuk mengkaji semula perjanjian itu yang mengatakan ia melanggar hak perlembagaannya untuk bebas dalam bersuara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat