KPN, Timbalan zahir ucapan sempena Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-19

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merupakan antara tonggak penting bagi menjaga keselamatan serta keamanan di zon perairan negara.

Selain daripada itu, tugasan penting Maritim Malaysia adalah untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KPN, Datuk Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia yang ke-19.

Menerusi hantaran di Facebook, PDRM mengucapkan semoga APMM terus unggul dalam menjaga keamanan dan ketenteraman sempadan perairan negara.

“Semoga APMM terus unggul dalam menjaga keamanan dan ketenteraman sempadan perairan negara.

“Jalinan kerjasama akan terus utuh dalam memastikan negara tercinta kekal selamat, aman serta berdaulat,” katanya.

Untuk rekod, sejak ditubuhkan sejak 19 tahun lalu, Maritim Malaysia telah melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan sebaiknya dalam menjaga keselamatan perairan negara sekali gus dapat memastikan sektor perikanan, pelancongan, perkapalan dan hidrokarbon dapat dijalankan dengan jayanya.

Terdahulu, sambutan Hari Ulang Tahun APMM yang ke-19 telah diadakan hari ini bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, Pahang.

Sambutan dimulakan dengan acara Pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama dan Pemeriksaan Platun Perbarisan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah diikuti penyampaian Anugerah Pingat kepada Anggota APMM.

Acara diteruskan dengan persembahan demonstrasi oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat APMM.

Baca juga: