Mbappe tinggalkan PSG akhir musim ini

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe meluahkan hasrat untuk meninggalkan kelab Paris Saint German (PSG) pada akhir musim ini.

Kontrak pemain berusia 25 tahun bersama PSG akan ditamatkan pada akhir musim ini, kira-kira pada bulan Jun depan.

Mbappe dikatakan akan berpindah ke Real Madrid selepas tamat kontrak bersama PSG, namun masih tiada pengesahan dari kedua-dua pihak mengenai perpindahan tersebut.

Sebelum Mbappe pernah diasingkan daripada skuad utama pasukan berkenaan ketika lawatan pra-musim kelab di Asia.

Walaupun PSG masih mahu mengekalkan Mbappe di kelab itu, pengeluaran dirinya daripada kelab terbabit seakan boleh dijangka kerana PSG mempunyai tujuan untuk membina skuad yang terdiri daripada pemain muda.

Kenyataan ini dapat dikuatkan lagi setelah dua pemain utama, Lionel Messi dan Neymar turut meninggalkan kelab tersebut sejak akhir musim yang lalu.

Mbappe yang pernah memenangi Piala Dunia FIFA 2018 bersama pasukan Perancis memperoleh sekitar AS$215 juta (RM1.28 bilion) setahun.

Baru-baru ini, PSG menewaskan Real Sociedad dengan mata 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Rabu, dengan Mbappe menjaringkan gol pembuka.

Ia merupakan gol keempatnta dalam pertandingan Eropah musim ini, sementara mempunyai bilangan 20 gol dalam liga domestik sebelum ini.

Secara keseluruhan, Mbappe berjaya meledak 243 gol dan 93 bantuan gol dalam 290 perlawanan bersama PSG di samping membantu kelab itu memenangi lima kejohanan Ligue 1.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/02/15/kbs-peruntukan-rm1-juta-untuk-perkasa-program-rakan-muda-di-semua-ipt/

Anda Mungkin Berminat